BERSYUKUR itulah yang penting sebenarnya..yes kita MUNGKIN tidak sekaya kawan kita seupu kita, ipar kita, tapi kita cukup makan pakai, kita MUNGKIN tidak ada kuasa & pangkat tapi kita ada pekerjaan yang baik dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik, keluarga yang penyayang..kita MUNGKIN tidak secantik artis tapi kita sempurna paras rupa kerana Allah s.w.t tidak memilih paras rupa hambanya tetapi hati, akhlak dan imannya..MUNGKIN kita rasa kita susah tapi ingatlah ada orang yang lagi susah dari kita. BERSYUKUR dengan apa yang kita ada adalah satu jalan yang baik supaya kita tidak mempertikaikan rezeki orang lain yang Lebih dari kita. KETAHUILAH ALLAH s.w.t Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya :) sebab kadang-kadang me jugak lupa untuk bersyukur smoga berubah dan beringat selepas ini amin.

No comments:
Post a Comment